Saturday, October 31, 2009

selamat bekerja






Hari ini adalah hari tak berapa nak ceria, sebab hari ni aku kena bertugas di Bukit Baru.... lama tu sampai kul 6 petang.. mendidih... tapi tak pe demi kerana tugas aku tinggalkan suami dan anak-anak dirumah demi menjalankan tugas sebagai perkhidmatan awam. hahahaha.....



Demi negara



yang tercinta



dicurahkan bakti



penuh setia......



semangat--semanagat malaysia boleh.....









Thursday, October 29, 2009

TAHNIAH

Bersama Rosyam Nor



Tahniah buat suamiku tersayang kerana mendapat anugerah BINTANG KHIDMAT CEMERLANG dari TYT NEGERI MELAKA sempena hari jadi yang ke 71 tahun. Sebagai isteri aku bangga dengan kejayaanmu..... Aminnn.....


TAHNIAH


INILAH GAMBAR KELUARGA BAHAGIAKU........

TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA

Alhamdulillah syukur kepada hadrat illahi.Untuk setakat hari dan tika ini aku bersyukur kepadamu ya Allah kerana telah mengurniakan aku sebuah keluarga yang bahagia disamping suami dan anak-anakku. Kepada suamiku sesungguhnya aku amat bahagia berada disampingmu. Kau telah membuatkan hidupku semakin hari semakin ceria, tanpa dirimu tak mungkin aku dapat meneruskan hidup ini.Terima kasih sayang diatas segala-galanya. ketahuilah bahawa diri ini amat-amat menyayangi dirimu, kasih dan sayangku hanya untuk dirimu seorang.
Kebahagiaan ini tetap akan ku pelihara walau badai datang melanda, ribut taufan berkunjung tiba akan tetap ku pertahankan.terima kasih sayang.....


lama menghilang


lamanya aku x buka blog ni. rindunya.......
bukan apa.. byk kerja sekarang ni. bayangkan ada 20 kotak buku yang nak direkod. yang buatnya aku sorang n nak kena naik rak dalam masa 2 minggu. mati aku.....

Monday, May 4, 2009

JADUAL HARIAN YANG PADAT

Suasana yang tak berapa nk ceria. Aku demam, anak-anak pun demam, semua kene muntah-muntah. Mana taknya cuti 3 hari tak lekat kt umah. Hari Jumaat mlm suami ajak aku n anak-anak jenjalan naik eye on malaysia kt Melaka. Hari sabtunya pula family aku kt Merlimau ajak pegi mandi-mandi kt sagil sebelah malamnya pula sambut hari jadi adik ipar aku yang baru. Esoknya pula hari ahad abah n mak ajak pegi bandar melaka nk merasa naik kapal menyusuri sungai melaka. Yang bestnya aku n anak-anak naik eye on malaysia kt melaka sekali lagi tuu.
Hari Isnin aku anak beranak dah mula sakit-sakit badan termasuk leee yang kecik tu sekali. Belum habis lagi tuuu malam tadi pulak bang uda pulak ajak keluar makan ikan bakar kt serkam sebab dia baru dapat durian runtuh. tapi aku serender terpaksa tolak badan tak larat dahh.

Thursday, April 30, 2009

DALAM KENANGAN

DIARI KEHIDUPAN

Hidup ini umpama roda adakalanya diatas dan ada masanya ia berada dibawah. Begitu juga dgn hidup ini sentiasa dihiasi oleh warna-warna indah dan suram.
Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalunya mendung.... begitu juga dgn kita yang berada disini... setiap manusia yang berakal dan bernyawa pasti ada pasang surutnya.
Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan... berilah petunjuk kepada hambamu yang lemah ini. sesungguhnya aku telah tewas didalam memperjuangkan kehidupan ini.
Aku gagal....gagal lagi...
Tapi aku harus bangkit demi untuk orang-orang yang aku sayangi.
Akan aku perjuangkan hidupku ini kejalanmu Ya Allah. Mungkin selama ini aku lalai dalam mengerjakan suruhanmu dengan sempurna dan mungkin ini juga balasan bagi diriku yang kudus ini.
InsyaAllah segala-galanya akan berjalan dengan sempurna dan akan kembali seperti seadanya.
AMIN YA RABBUL ALAMIN....

DALAM MEMORI

SEGALANYA DALAM KENANGAN....HAHAHA HIHIHIH.....

Thursday, April 23, 2009

semalam yang indah

Ada cerita.. sian suami aku semalam dia sakit gigi dah seminggu dia menanggunag kesakitan. Tapi dia mentain cover sampai satu tahap yang kretikal tahap yang maksimum sakitnya... dia tipon aku lalu memberitahu dia on the way ke melaka untuk keklinik mencabut gigi. Alhamdulliah lepas ni tak de leee aku anak beranak hari-hari makan bubur. sorang sakit satu family kena pantang. Untuk meraikan kejayaan suamiku mencabut gigi ... lepas pulang dari kerja aku buat plan sesuatu yang istimewa...malam ni aku akan masakkan sesuatu yang istimewa untuk suami kesayanganku menunya nasi lemak ikan siakap bakar dan sotong goreng tepung... pehh macam sedap,, memang pun x dinafikan....
sesampai aje suami aku kerumah dia menjeritttt " ahhhhh akhirnya abang berjaya cabut gigi" . Aku n anak-anak melopong... oooo rupa-rupanya selama ni abah dia takut cabut gigi hahaha.
sebabnya dia sendiri yang cerita, sebelum dia cabut gigi dia ada beritahu gan doktor tuu yang dia sebenarnya takutttt... nak tahu apa doktor tu kata "kalau awak takut saya lagi takutt" aku n anak2 pun gelak lee. pas tu anak aku yang tua pun nyampuk "Abah... kalu awak nangis saya pun nangissss..."apalagi kami satu keluarga pun gelak sakan. n seterusnya kami sekeluarga meraikan kejayaan itu dgn menikmati juadah makan malam yang istimewa tuuu. Alhamdulullah terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku sebuah keluarga yang bahagia..

Monday, January 12, 2009

anak-anak aku yang cute n comel

ini gambau anak aku yang no 1 n no 2
ini gambau anak aku yang sulong. montel x?

sepahnya umah aku mcm tongkang pecah budak ni kejakn


nenek kesayangan aku


nenek kesayangan aku telah kembali kerahmatullah tahun lepas. beliau telah menjaga aku sejak dari kecil hingga le aku dewasa sekarang dan telah pun punyai anak. masih aku ingat disaat aku sakit nenek selalu urut aku baik kaki, perut dan sebagainya. tapi disaat dia sakit aku sering abaikannya. menyesalnya akuuuuu. hingga disaat penghujung akhir hayatnya aku .......huu huuu waaaa....

KERANA AKU SEORANG ISTERI Kerana aku seorang isteri aku korbankan segala galanya untuk seorang yang bernama suami. kerana syurga seorang...