Wednesday, October 19, 2011

MASIH AKU TERASA

Dugaan datang lagi untuk menguji sejauh mana kekuatan aku dlm mengharungi hidup yang penuh dgn liku dan duri yang tajam. Satu masalah belum selesai kini timbul satu lagi masalah, Dosa apakah yg telah aku lakukan sehingga tuhan menguji aku dgn dugaan yang sehebat ini,
namun kedua-duanya hingga saat ini tak mampu aku selesaikan....tolonglahhh aku..........
Yang merunsingkan sangat adalah masalah yg pertama walupun masalah kedua ku anggap sebagai sudah suratan buat aku, namun masalah pertama masih menghantui fikiran aku. Tiada tempat untuk mengadu tiada siapa yang mampu aku percaya, untuk menghadapi seorang diri aku tak mampu......
Sejauh mana mampu aku bertahan dengan semua ini, bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi dah bertahun lamanya, kalau dulu aku hanya menonton drama tv atau sekadar membaca diakhbar dan majalah tapi kini ianya benar-benar berlaku pada diriku, Berterus terang bukanlah jln penyelesaian, mendiamkan diri juga bukanlah satu tindakan yang betul, namun membiarkan ianya berlarutan adalah keputusan yang bodoh.....
Ya Allah Ya Tuhanku hanya padamu aku berserah, berilah aku kekuatan untuk membuat satu keputusan. Tiada lagi kebahagiaan, tiada lagi kepercayaan yang ada cuma ketahanan untuk mereka yang disayangi.....
Diwajahku terukir senyuman namun dihati hanya tuhan yang tahu betapa terseksanya aku tika ini, namun hidup harus diteruskan. walaupun jiwa tertekan.

Saturday, October 15, 2011

DUGAAN

Astagfirullah Al-Azim,,,,Astagfirullah Al-Azim,,,,Astagfirullah Al-Azim

Ya Allah dugaan apakah yang kau berikan padaku tika ini, sesungguhnya aku tak mampu untuk mengharunginya. Terlalu besar ujianmu ini terhadap kehidupaku Ya Allah.
Sesungguhnya aku amat tertekan tika ini, hingga tak mampu untuk berfikir. Tak tahu apa yang harus aku lakukan, yang mampu ku lakukan hanyalah berserah dan berdoa padamu Ya Allah.
Siapa aku untuk membuat keputusan, aku tak mampu membuat keputusan kerana ianya akan memudaratkan hidupku. Tapi aku tak kuat untuk terus memendam dan membiarkan ianya terus berlarutan. Hanya kesabaran menjadi kekuatan bagiku....Ku serahkan segalanya padamu Ya Allah..........


APA DAYAKU

SEORANG WANITA

YANG TIDAK CUKUP SEMPURNA

PUNYA AKAL

TAPI TAK PANDAI BERFIKIR

PUNYA HATI

TAPI TIADA PERASAAN

PUNYA KECANTIKAN

TAPI TAK PANDAI BERGAYA

PUNYA KELEMBUTAN

TAPI SERING DIAMBIL KESEMPATAN

NAMUN....

APAKAN DAYA

AKU HANYA SEORANG WANITA

YANG HANYA MAMPU MENYERAH

TAK BISA MELAWAN

HANYA UNTUK MENDAPATKAN

SEDIKIT KEREDHAAN WALAU

JIWA RASA TERTEKAN.........................

Wednesday, October 5, 2011

JEJAK KASIH SEKOLAH










PERJUMPAAN DENGAN KENGKAWAN KELAS 5 ZAABA SEKOLAH MEN. DANG ANUM KT UMAH MARIAH 1/10/2011 HARI SABTU JAM 5.00 PETANG. TERUBAT KERINDUAN BILA MASING-MASING BERCERITA KENANGAN SEWAKTU ZAMAN SEKOLAH.

LELAKI YG DITARIK WANITA



Di akhirat nanti ada 4 golonga...n lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. AyahnyaApabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. SuaminyaApabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

3. Abang-abangnyaApabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak2 lelakinyaApabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Tuesday, October 4, 2011

LEPASSSS GERAMMMM

Memang banggang...memanggg bodohhhh, bakau darah semua org tak leh nak percaya, depan baiek belakang mcm S..;.
aku marah kt sape sebenarnya ni ekh? entah leeee ati tgh tak tenteram, nak buat keputusan tapi ada rasa serba salah, percaya pada seseorg, tapi sebenarnya dia talam dua muka. aku henggat dia boleh percaya tapi apa tak arap, sama jekk nak bodek leee tu, mmg aku tak sangkaaaa. Sian pulak pd kengkawan aku yg laien yg tak tahu sapa dia sebenarnya. Aku pun baru dpt tahu ptg tadi. Abis satu bab. Mungkin dia ada alasan tersendiri..
Bab kedua,,,sensitif cket, hal peribadi tak leh nk citer terang-terang, tapi ape-ape pun mmg sumer org tak boleh nk percaya, esokkk lak aku kena buat satu keputusan muktamad, betul ke keputusan aku, salah ke? takut nk tunggu esokkkk............apa akan terjadi esokkk, yanggg passti esokk ada yang menanti aku. Apa-apa keputusan aku esok ada yang gembira kerana menang dan yang pasti akan ada yang kecewa tapi aku kena nekad, bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi.................. ?????????????? aku pun tak pasti.

KERANA AKU SEORANG ISTERI Kerana aku seorang isteri aku korbankan segala galanya untuk seorang yang bernama suami. kerana syurga seorang...