Friday, December 2, 2011

MERENUNG MASA DEPAN


TAK SALAH SESEKALI MERENUNG MASA DEPAN YANG BELUM PASTI
UNTUK MENCARI SUATU KEPASTIAN DALAM MENITI KEHIDUPAN YANG
KADANGKALA MEMERLUKAN PENGERTIAN YANG HAKIKI.

Wednesday, November 30, 2011

REZEKI DARI ALLAH

Alhamdulillah syukur kepada Allah,
Ummi tunggu kehadiranmu dengan hati yang tulus ikhlas, dengan kasih dan sayang, dengan kerinduan yang teramat sangat.Sembilan bulan sepuluh hari adalah satu penantian yang indah buat diri Ummi kerana sentiasa ditemani olehmu sayang, kemana jua Ummi pergi, walau apapun rintangan kita harungi bersama, dirimu sentiasa berada disisi Ummi, sentiasa menemani Ummi,sentiasa dekat dengan Ummi, Ummi akan sentiasa berikan yang terbaik untuk mu sayang.Abah, kak Awa, kak Jiah dan abang Ady pasti gembira mendengar berita gembira ini.
Kehadiran mu adalah hasil dari kasih sayang dan perasaan cinta Ummi dan Abah.Kami akan pastikan dirimu mendapat yang terbaik dari kami.InsyaAllah.........
Semoga kita sekeluarga sentiasa berada dibawah lindungan dan Peliharaan Allah...

Saturday, November 19, 2011

ADAT MENUMPANG

ADAT ORANG MENUMPANG, MULA-MULA MEMANG ORANG SUKA TAPI LAMA-LAMA ORANG MEMBENCI,MULA-MULA SEMUANYA WANGI, LAMA-LAMA MULAI BUSUK.
BIAR BANYAK RUMAH JANGAN BANYAK SERUMAH,MEMANG DAH LUMRAH ALAM DAN LUMRAH KEHIDUPAN SETIAP KELAKUAN KITA DINILAI DAN DI PERHATIKAN SABAN HARI LEBIH-LEBIH LAGI PERKARA YANG KURANG ELOK, TAPI MACAM MANA ELOK PUN KELAKUAN KITA KELAKUAN BURUK JUGA YANG DI PERHATIKAN.
SOOO SEBELUM CEMPEDAK MENJADI NANGKA, SEBELUM RIBUT MENJADI TAUFAN, SEBELUM HUJAN RENYAI MENJADI LEBAT ELOKKAN PIKIRKAN JALAN YANG TERBAIK AGAR HUBUNGAN SILATURRAHIM DAPAT DIPANJANGKAN, KEKUSUTAN DAPAT DILERAIKAN, KELUKAAN DAPAT DIPULIHKAN, KEBURUKAN DAPAT DISEMBUNYIKAN, KEBAIKAN DITERUSKAN.......
BUKAN NAK MEMANDAI TAPI SEBAGAI TEGURAN DEMI KEBAIKAN.

Friday, November 18, 2011

NALURI SEORANG IBU




Naluri seorang ibu, "masa kecik-kecik anak takutkan emak, tapi bila anak dah besar panjang emak pula yang takut pada anak-anak," (kata emak). Ya Allah apa dah jadi dgn dunia sekarang ni, naluri seorang ibu sentiasa ingin menjaga hati anak-anak kerana tak mahu anak-anak terasa hati dan tidak datang menjengok mereka.
sepasang ibu dan bapa mampu menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga ibu dan bapa.
fenomena ini sering berlaku bila ibu dan bapa mula menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang kurang memuaskan......
SYURGA ANAK LELAKI ADALAH DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU, MANAKALA SYURGA ANAK PEREMPUAN ADALAH DIBAWAH TELAPAK KAKI SUAMI...
Bukan nak membezakan antara anak lelaki dan anak perempuan sekadar ingin berkongsi....
dengan apa yang terjadi diakhir-akhir ini. namun selagi kita semua mampu mengharungi segala dugaan ini tidak timbul anak lelaki mahupun anak perempuan, selagi kita masih bergelar anak, selagi kita masih punya ibu dan bapa, selagi ibu dan bapa kita masih bernyawa didunia ini tanggungjawab menjaga mereka, tanggungjawab untuk membuat mereka bahagia, tanggungjawab untuk menyenangkan mereka adalah tanggungjawab kita semua sebagai anak.
Jangan nanti suatu hari bila terjadinya sesuatu yang tidak diingini baru timbul rasa bersalah, baru timbul rasa menyesal, baru timbul keinsafan namun yang terjadi tetap terjadi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Insyaallah kiranya umur kita panjang, kita akan merasa tua, kita juga punya anak, dan tak mustahil perkara yang sama turut kita rasai.....

AYAH DAN IBU
AYAH DAN IBUUUUU
ITULAH PERMULAAN KAMIII..
DAPAT MELIHAT BULAN DAN MATAHARII..
OOOOOOOOO...
AYAH DAN IBU
AYAH DAN IBULAHHH
MESTI DIHORMATIIII.....

Wednesday, October 19, 2011

MASIH AKU TERASA

Dugaan datang lagi untuk menguji sejauh mana kekuatan aku dlm mengharungi hidup yang penuh dgn liku dan duri yang tajam. Satu masalah belum selesai kini timbul satu lagi masalah, Dosa apakah yg telah aku lakukan sehingga tuhan menguji aku dgn dugaan yang sehebat ini,
namun kedua-duanya hingga saat ini tak mampu aku selesaikan....tolonglahhh aku..........
Yang merunsingkan sangat adalah masalah yg pertama walupun masalah kedua ku anggap sebagai sudah suratan buat aku, namun masalah pertama masih menghantui fikiran aku. Tiada tempat untuk mengadu tiada siapa yang mampu aku percaya, untuk menghadapi seorang diri aku tak mampu......
Sejauh mana mampu aku bertahan dengan semua ini, bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi dah bertahun lamanya, kalau dulu aku hanya menonton drama tv atau sekadar membaca diakhbar dan majalah tapi kini ianya benar-benar berlaku pada diriku, Berterus terang bukanlah jln penyelesaian, mendiamkan diri juga bukanlah satu tindakan yang betul, namun membiarkan ianya berlarutan adalah keputusan yang bodoh.....
Ya Allah Ya Tuhanku hanya padamu aku berserah, berilah aku kekuatan untuk membuat satu keputusan. Tiada lagi kebahagiaan, tiada lagi kepercayaan yang ada cuma ketahanan untuk mereka yang disayangi.....
Diwajahku terukir senyuman namun dihati hanya tuhan yang tahu betapa terseksanya aku tika ini, namun hidup harus diteruskan. walaupun jiwa tertekan.

Saturday, October 15, 2011

DUGAAN

Astagfirullah Al-Azim,,,,Astagfirullah Al-Azim,,,,Astagfirullah Al-Azim

Ya Allah dugaan apakah yang kau berikan padaku tika ini, sesungguhnya aku tak mampu untuk mengharunginya. Terlalu besar ujianmu ini terhadap kehidupaku Ya Allah.
Sesungguhnya aku amat tertekan tika ini, hingga tak mampu untuk berfikir. Tak tahu apa yang harus aku lakukan, yang mampu ku lakukan hanyalah berserah dan berdoa padamu Ya Allah.
Siapa aku untuk membuat keputusan, aku tak mampu membuat keputusan kerana ianya akan memudaratkan hidupku. Tapi aku tak kuat untuk terus memendam dan membiarkan ianya terus berlarutan. Hanya kesabaran menjadi kekuatan bagiku....Ku serahkan segalanya padamu Ya Allah..........


APA DAYAKU

SEORANG WANITA

YANG TIDAK CUKUP SEMPURNA

PUNYA AKAL

TAPI TAK PANDAI BERFIKIR

PUNYA HATI

TAPI TIADA PERASAAN

PUNYA KECANTIKAN

TAPI TAK PANDAI BERGAYA

PUNYA KELEMBUTAN

TAPI SERING DIAMBIL KESEMPATAN

NAMUN....

APAKAN DAYA

AKU HANYA SEORANG WANITA

YANG HANYA MAMPU MENYERAH

TAK BISA MELAWAN

HANYA UNTUK MENDAPATKAN

SEDIKIT KEREDHAAN WALAU

JIWA RASA TERTEKAN.........................

Wednesday, October 5, 2011

JEJAK KASIH SEKOLAH










PERJUMPAAN DENGAN KENGKAWAN KELAS 5 ZAABA SEKOLAH MEN. DANG ANUM KT UMAH MARIAH 1/10/2011 HARI SABTU JAM 5.00 PETANG. TERUBAT KERINDUAN BILA MASING-MASING BERCERITA KENANGAN SEWAKTU ZAMAN SEKOLAH.

LELAKI YG DITARIK WANITA



Di akhirat nanti ada 4 golonga...n lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. AyahnyaApabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. SuaminyaApabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

3. Abang-abangnyaApabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak2 lelakinyaApabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Tuesday, October 4, 2011

LEPASSSS GERAMMMM

Memang banggang...memanggg bodohhhh, bakau darah semua org tak leh nak percaya, depan baiek belakang mcm S..;.
aku marah kt sape sebenarnya ni ekh? entah leeee ati tgh tak tenteram, nak buat keputusan tapi ada rasa serba salah, percaya pada seseorg, tapi sebenarnya dia talam dua muka. aku henggat dia boleh percaya tapi apa tak arap, sama jekk nak bodek leee tu, mmg aku tak sangkaaaa. Sian pulak pd kengkawan aku yg laien yg tak tahu sapa dia sebenarnya. Aku pun baru dpt tahu ptg tadi. Abis satu bab. Mungkin dia ada alasan tersendiri..
Bab kedua,,,sensitif cket, hal peribadi tak leh nk citer terang-terang, tapi ape-ape pun mmg sumer org tak boleh nk percaya, esokkk lak aku kena buat satu keputusan muktamad, betul ke keputusan aku, salah ke? takut nk tunggu esokkkk............apa akan terjadi esokkk, yanggg passti esokk ada yang menanti aku. Apa-apa keputusan aku esok ada yang gembira kerana menang dan yang pasti akan ada yang kecewa tapi aku kena nekad, bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi.................. ?????????????? aku pun tak pasti.

Friday, September 30, 2011

CETUSAN













"Orang yang kuat itu bukanlah orang yang handal bergusti (berlawan), tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya semasa marah" . Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi hari ini aku masih diberi ruang untuk bernafas, esok segalnya berkemungkinan...............

Esooook yaaa Esokkk hahaha very happy for me because my husband nk buat open hause. Ada rezeki sikit rasanya tak salah kalau kita jamu kengkawan dan keluarga untuk makan.

kalau ikut jemputan macam ramai,insyaallah cukup kot jumlah makanan yang kami rancang iatiu nasi putih bersama lauk nenas masak lemak kuning, asam pedas tulang n daging, sayur campur, ayam goreng rempah, kerabu kedondong dan yang special PELANDUK masak lemak cili api.

manakala makanan sampingan pulak sate, roti jala, tekbak, puding dan air sunquit. Mesti seronok kan sbb kami sekeluarga rasanya orang terakhir yang buat open house. hihihi......memang seronok, pastu buat karaoke lagi. Semoga majlis kami ini mendapat keberkatan dari yang Esa. Kepada kengkawan dan sahabat handai serta ahli keluarga dijemput hadir.


OOooopppppsssss....lupa leee pulak majlisnya esok hari Ahad, makan malam lepas maghrib. JOOooommmmmmmm FOllowwwww gamai-gamai.





LEPAS MAKAN PEGI SHOPING



MAKAN-MAKAN KT MC-D



Makan malam kat McD Aeon......

TERIAKAN KALBU

TIADA LAGI KAN KU TERDAYA

TAK MUNGKIN NADI BERDENYUT CINTA

KAU PERGI TANPA AKU MERELA

DAN HADIR SAAT DUKA

MENANTI BAYANG MUNCUL TIADA

SETELAH KAU JANJIKANKU BAHAGIA

KAU HILANG TANPA AKU MENDUGA

JIWA TERHENTI NOKHTAH

TERIAKAN KALBU

MERINDUKAN JIWA

MENGAPA AKHIR AKU

TERPADAMNYA CINTA

DAN KAU TINGGALKAN HANYA TINTA

MENCORET NADA HAMPA.............

Thursday, September 29, 2011

Wednesday, September 28, 2011

INFO



MENJADI DIRI SENDIRI ADALAH PENTING,



WALAUPUN DIRI KITA TIDAKLAH SEHEBAT MANA,



NAMUN IA PASTI MENJADIKAN KITA LEBIH BERSEMANGAT.

SUKA DUKA KEHIDUPAN

Alhamdulillah bersua kita kembali dialam maya, setelah sekian lama aku menghilangkan diri kini aku kembali untuk menceriakan lagi keadaan yg memang dah ceria walaupun kadangkala terpalit sedikit kepalitan yang walaupun cuba dihalang namun tetap datang.
Hidup kita memang banyak dugaan yang mana jika kita tidak sabar boleh meningkatkan suhu badan. Bak kata pepatah air dicincang takkan putus tapi bisa terjadinya empangan yang menghalang dan bisa menjadi halangan.
Orang tua dulu-dulu sering berpesan biar banyak rumah jangan banyak serumah, mungkin betul mungkin tidak, tepuk dada tanya selera. Yang pasti yang terjadi akan tetap terjadi kerana Syaitan sering menghalang niat baik manusia yang lemah seperti kita.
Namun sebagai manusia biasa kita telah dikurnikan akal dan fikiran untuk menilai baik buruknya perilaku kita. Sama-samalah kita perbaiki kesilapan diri demi untuk orang yang disayangi. Insyaallah......kehidupan menguji kesabaran, kesabaran perlukan kekuatan dan kekuatan lahir dari hati yang suci bersih.

NAK TERBANG BAWA DIRI



"TERBANG ALAA BURUNG TERBANG........TINGGI DIATAS AWANNN........"



MAK DARA YANG TAK BERAPA NAK DARA HAAAAAHAAAAA.........



TAPI KIRA WOOOOOKEYYYY LEEEE NI.

Tuesday, September 27, 2011

Pertandingan masakan rendang





















hihihi......aku menang tempat ketiga pertandingan masakan rendang anjuran PD Kesang Jaya.....tak tahu camana boleh menang. Alhamdulillah, Inilah gambau hasil usaha aku yg mmg tak pandai masak pun. ini pun tiru dldm majalah resepi buat rendang...apa-apa pun Akak dah menang tempat ketiga pun dah kira woooookey le tu.ye tak?

Ikatan silaturrahim bersama keluarga N9





















Ikatan yg tidak putus , masih diteruskan walaupun PRU dah tamat tapi masih berpanjangan hingga ke hari raya. Alhamdulillah suke...suke...sukeeeee. inilah hasil kenangan kami bersama keluarga DN9.

Golden Straite Villa Port Dickson













Bercuti n Beraya di Golden straite Villa Port Dickson bersama keluarga. Inilah Gambar kenangan. Terima Kasih kepada Pn Najatulhaya Hj. Razali diatas kesudian menerima kehadiran kami sekeluarga.

KERANA AKU SEORANG ISTERI Kerana aku seorang isteri aku korbankan segala galanya untuk seorang yang bernama suami. kerana syurga seorang...