Wednesday, June 27, 2018

KERANA AKU SEORANG ISTERI

Kerana aku seorang isteri
aku korbankan segala galanya untuk seorang yang bernama suami.
kerana syurga seorang isteri adalah seorang suami.

Diambang perkahwinan demi cinta aku buat pinjaman bank bagi pada kau
untuk majlis perkawinan kita
hanya kerana aku cinta. Hanya kerana aku percaya sebab kau bakal syurga aku
diawal perkahwinan kita bahagia
sama seperti insan lain sedang elok meniti hari2 kebahagian sebagai suami isteri
masih dalam suasana mengenali antara satu sama lain

kebahagiaan kita bertambah bila aku disahkan hamil anak pertama kita
Alhamdulillah syukur kepadamu Ya Allah. kau rajin bawa kami anak beranak pergi bercuti. setiap tahun setiap kali cuti panjang kita pasti pergi bercuti.
Kau mewahkan kami bila pergi berbelanja di shoping kau hadiakan barang2 yang mahal hingga orang sekeliling cemburu dengan kita. Tapi semua tu tak pasti dari mana sumbernya. hanya kerana aku seorang isteri makanya fikiran aku adalah yang baik baik jerk
Kehidupan kita kekal sama seperti keluarga yang lain meniti hari hari kadang suka kadang duka kadang bahagia kadang menangis.

Kehamilan anak kedua....Hidup kita dah mula goyang sedikit demi sedikit aku mula mengenali cara hidupmu. tapi aku masih boleh bersabar hanya kerana aku seorang isteri.

Perubahan demi perubahan....
Sejauh mana nak pergi selama mana nak sembunyi sepandai mana nak berdalih...
Kerana aku seorang isteri
Aku bersabar dengan cara hidupmu yang keterlaluan
walaupun aku isteri tapi kau masih melayan perempuan lain
bertukar tukar meseg melayari internet dan pergaulan yang bebas atas tiket demi tugas
kerana aku seorang isteri
Atas kepercayaan aku tak kisah kau balik jam 3 atau 4 pagi
kerana aku seorang isteri
aku sabar bila kereta kita kena tarik
aku masih tak kisah bila kau kekurangan perbelanjaan
Kerana aku seorang isteri
Aku masih tak percaya bila orang sekeliling bercerita buruk tentang dirimu
Kerana aku seorang isteri
Aku sanggup bagi  barang kemas untuk kau gadai
Aku sanggup buat pinjaman bank untuk bayar hutang bank kau
Aku sanggup tanggung  perbelanjaan bila kau dibuang kerja
Aku sanggup tanggung malu bila barang dalam rumah kita kena sita dengan bank
Aku sanggup beberapa kali duduk dalam gelap akibat meter api rumah kita kena potong
Aku sanggup mengadap orang yang datang minta hutang yang kau buat
Aku masih boleh bersabar
Hanya kerana aku seorang isteri
Hidup kita tetap seperti biasa ...gelak ketawa suka duka tetap kita bersama
Tanggal 1/1/2017....
Kerana aku seorang isteri
Demi untuk satu kesedaraan..
kita mula duduk berasingan. Hanya kerana satu kesilapan.
Tapi walaupun kita duduk berasingan kehidupan kita masih baik
Tanggungjawab tetap aku laksanakan.
Hanya kerana aku seorang isteri
Allah maha berkuasa Allah adalah segala galanya
4 bulan kita duduk berasingan
Kau ditimpa kemalangan. Kemalangan yang akhirnya membawa kepada kemusnahan
Segala galanya terbongkar segala rahsia segala perbuatan segala galanya.
Allahuakbar....
Allahuakbar..
Allahuakbar..
Hanya kerana aku seorang isteri...
Aku cuba sabar aku cuba redha aku cuba bertahan...
Mungkin ini juga adalah kesilapan kita bersama
Tapi aku pasrah
aku tak kuat
aku tak boleh terima kenyataan
Pengorbanan aku tak dihargai
maruah aku di hina
kesetiaan aku kepercayaan aku keikhlasan aku
semuanya sia sia
Kerana aku seorang isteri
Aku rela undurkan diri....
Terima kasih diatas segala galanya
Cuma satu yang aku nak kau ingat nyawa aku hampir hilang apabila RAHIM aku hancur akibat keguguran kerana mengandungkan anak kita.Itu adalah bukti AKU PERNAH JADI ISTERI KAU DAN AKU SANGGUP BERKORBAN WALAUPUN NYAWA AKU DEMI KAU.
Kerana aku seorang isteri ....DULU.

Thursday, June 21, 2018

Kesakitan yang sangat sangat sakit...
hanya yang mengalami sahaja yang dapat merasakan kesakitan ini
Ya Allah beri aku kekuatan untuk menghadapi kesakitan ini
Aku takut aku tak mampu menahan kesakitan ini..
Dalam menahan kesakitan tak mustahil akan berlaku sesuatu yang di laur jangkaan


SYAWAL 2018

Tahun kedua syawal yang tidak lengkap sebagai sebuah keluarga..semua nya gara2 kehancuran yang tidak dirancang. Namun tetap diraikan dengan kesederhanaan dan kesyukuran. Hidup harus diteruskan. Insan tersayang sentiasa ada disekeliling kehidupan, Adik beradik, anak anak  dan saudara mara sentiasa memberi sokongan dan kekuatan.
In Shaa Allah semua ini adalah sementara...sementara yang entah sampai bila. mungkin setahun mungkin dua tahun atau mungkin selama lamanya kebahagiaan itu bukan menjadi hak milik.
Keredhaan adalah kekuatan...
Namun kekuatan memerlukan keikhlasan...
Ikhlas kah aku...
Tepuk dada Tanya hati...

Monday, May 7, 2018

MENGHAMPIRI SETAHUN

Menghampiri setahun namun masih blom berupaya untuk move on. terlalu susah untuk melupakan terlalu banyak kenangan yang sering bermain difikiran.Masih ada rasa sayang masih ada cinta masih ada rindu dalam masa yang sama tetap ada rasa marah, kecewa, sakit hati dan pastinya rasa dendam yang membara. Yang pasti rasa jijik mengatasi segala galanya.
Namun semakin hari semakin jauh semakin hari cuba untuk melupakan. semakin hari semakin menjarakkan.
Hanya kekuatan dan tawakkal yang diperlukan untuk melepaskan sepenuhnya. Melepaskan apa yang telah dibina selama 20 tahun. bukan satu masa yang singkat bukan satu masa yang sikit bukan satu masa yang pendek. Semuanya hanya kerana NAFSU. Bila nafsu bermaharajalela dosa dan pahala diketepikan . Keluarga dilupakan agama kau persendakan. Apa yang dibina selama ini susah payah mengharungi kehidupan musnah sekelip mata
hidup dalam pembohongan tanpa kejujuran tiada keikhlasan semuanya lakonan untuk menutup kecurangan dan dosa yang dilakukan. Allah ada dia maha berkuasa doa orang teraniaya akan dimakbulkan. satu demi satu ditunjukkan tapi masih lagi bertahan. akhirnya dibongkarkan dengan jelas dan nyata. Mungkin tak mahu aku terus dijadikan mangsa. Terima kasih Allah.
Kehidupana adalah pentas lakonan yang sebenarnya.










Sunday, April 22, 2018

KAU MERAMPAS KAU PERAMPAS KAU MEROSAKKAN KEHIDUPAN SEBUAH KELUARGA. KAU DAN DIA SAMA SAHAJA...
DOSA DAN PAHALA DITOLAK KETEPI HANYA KERANA NAFSU YANG BERMAHARAJA LELA DALAM DIRI.
SEORANG WANITA YANG MEROSAKAN KEHIDUPAN WANITA LAIN...
KAU LELAKI YANG SANGGUP MENJANDAKAN SEORANG ISTERI DEMI SEORANG JANDA YANG KAU JADIKAN ISTERI.
HIDUP YANG BERGELUMANG DENGAN DOSA BERTAHUN TAHUN. PEMBOHONGAN YANG TELAH SEBATI MENJADI DARAH DAGING KAMU BERDUA...
ANAK ANAK MENJADI MANGSA AKIBAT KECUAIAN DAN KECURANGAN KAU.
BERJAYA DALAM AKADEMIK TAK BERMAKNA SAMA SEKALI SEKIRANYA KAU GAGAL DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA.
INGIN BERUBAH INGIN MULAKAN HIDUP BARU KONONNYA TAPI MASIH MELALUI KEHIDUPAN CARA YANG SALAH.
MEROSAKKAN KEHIDUPAN ORANG LAIN TAK SEMESTINYA KAU AKAN HIDUP BAHAGIA. HIDUP KAU KINI PUN DAH MACAM PEREMPUAN SIMPANAN BERJUMPA HANYA UNTUK MELUNASKAN NAFSU SERAKAH. WALAUPUN SUDAH MEMPUNYAI IKATAN YANG SAH DISISI AGAMA TAPI TETAP SALAH DISISI UNDANG2..
ASTAGFIRULLAH ALAZIM YA ALLAH AMPUNKAN DOSA KU DOSA KEDUA ORANG TUAKU.


Thursday, April 12, 2018

JUMAAT 14/4/2017
YANG LEPAS

SELEPAS SETAHUN

SETAHUN DAH..
REDHA DALAM KETERPAKSAAN
SETIAP MUSIBAH ADA HIKMAHNYA

MUNGKIN LUPA
MUNGKIN ALPA
MUNGKIN JUGA LALAI

APAPUN KEBENARAN TELAH DIBUKTIKAN

ADA RASA MENYESAL
ADA RASA TERKILAN
ADA JUGA RASA KECEWA

TAPI ALLAH LEBIH MENGETAHUI
DIA LEBIH BERKUASA
DIA YANG MENENTUKAN KEHIDUPAN KITA

PERLU RASA BERSYUKUR
PERLU RASA SELAMAT
PERLU JUGA RASA BERTERIMA KASIH

SETIAP KITA DIBERI AKAL DAN FIKIRAN
CUMA PERLU MEMBUAT PILIHAN
KEARAH KEBAIKAN
ATAU KEBURUKAN

KERANA AKU SEORANG ISTERI Kerana aku seorang isteri aku korbankan segala galanya untuk seorang yang bernama suami. kerana syurga seorang...