Wednesday, September 28, 2011

SUKA DUKA KEHIDUPAN

Alhamdulillah bersua kita kembali dialam maya, setelah sekian lama aku menghilangkan diri kini aku kembali untuk menceriakan lagi keadaan yg memang dah ceria walaupun kadangkala terpalit sedikit kepalitan yang walaupun cuba dihalang namun tetap datang.
Hidup kita memang banyak dugaan yang mana jika kita tidak sabar boleh meningkatkan suhu badan. Bak kata pepatah air dicincang takkan putus tapi bisa terjadinya empangan yang menghalang dan bisa menjadi halangan.
Orang tua dulu-dulu sering berpesan biar banyak rumah jangan banyak serumah, mungkin betul mungkin tidak, tepuk dada tanya selera. Yang pasti yang terjadi akan tetap terjadi kerana Syaitan sering menghalang niat baik manusia yang lemah seperti kita.
Namun sebagai manusia biasa kita telah dikurnikan akal dan fikiran untuk menilai baik buruknya perilaku kita. Sama-samalah kita perbaiki kesilapan diri demi untuk orang yang disayangi. Insyaallah......kehidupan menguji kesabaran, kesabaran perlukan kekuatan dan kekuatan lahir dari hati yang suci bersih.

No comments:

KERANA AKU SEORANG ISTERI Kerana aku seorang isteri aku korbankan segala galanya untuk seorang yang bernama suami. kerana syurga seorang...