Wednesday, June 27, 2018

KERANA AKU SEORANG ISTERI

Kerana aku seorang isteri
aku korbankan segala galanya untuk seorang yang bernama suami.
kerana syurga seorang isteri adalah seorang suami.

Diambang perkahwinan demi cinta aku buat pinjaman bank bagi pada kau
untuk majlis perkawinan kita
hanya kerana aku cinta. Hanya kerana aku percaya sebab kau bakal syurga aku
diawal perkahwinan kita bahagia
sama seperti insan lain sedang elok meniti hari2 kebahagian sebagai suami isteri
masih dalam suasana mengenali antara satu sama lain

kebahagiaan kita bertambah bila aku disahkan hamil anak pertama kita
Alhamdulillah syukur kepadamu Ya Allah. kau rajin bawa kami anak beranak pergi bercuti. setiap tahun setiap kali cuti panjang kita pasti pergi bercuti.
Kau mewahkan kami bila pergi berbelanja di shoping kau hadiakan barang2 yang mahal hingga orang sekeliling cemburu dengan kita. Tapi semua tu tak pasti dari mana sumbernya. hanya kerana aku seorang isteri makanya fikiran aku adalah yang baik baik jerk
Kehidupan kita kekal sama seperti keluarga yang lain meniti hari hari kadang suka kadang duka kadang bahagia kadang menangis.

Kehamilan anak kedua....Hidup kita dah mula goyang sedikit demi sedikit aku mula mengenali cara hidupmu. tapi aku masih boleh bersabar hanya kerana aku seorang isteri.

Perubahan demi perubahan....
Sejauh mana nak pergi selama mana nak sembunyi sepandai mana nak berdalih...
Kerana aku seorang isteri
Aku bersabar dengan cara hidupmu yang keterlaluan
walaupun aku isteri tapi kau masih melayan perempuan lain
bertukar tukar meseg melayari internet dan pergaulan yang bebas atas tiket demi tugas
kerana aku seorang isteri
Atas kepercayaan aku tak kisah kau balik jam 3 atau 4 pagi
kerana aku seorang isteri
aku sabar bila kereta kita kena tarik
aku masih tak kisah bila kau kekurangan perbelanjaan
Kerana aku seorang isteri
Aku masih tak percaya bila orang sekeliling bercerita buruk tentang dirimu
Kerana aku seorang isteri
Aku sanggup bagi  barang kemas untuk kau gadai
Aku sanggup buat pinjaman bank untuk bayar hutang bank kau
Aku sanggup tanggung  perbelanjaan bila kau dibuang kerja
Aku sanggup tanggung malu bila barang dalam rumah kita kena sita dengan bank
Aku sanggup beberapa kali duduk dalam gelap akibat meter api rumah kita kena potong
Aku sanggup mengadap orang yang datang minta hutang yang kau buat
Aku masih boleh bersabar
Hanya kerana aku seorang isteri
Hidup kita tetap seperti biasa ...gelak ketawa suka duka tetap kita bersama
Tanggal 1/1/2017....
Kerana aku seorang isteri
Demi untuk satu kesedaraan..
kita mula duduk berasingan. Hanya kerana satu kesilapan.
Tapi walaupun kita duduk berasingan kehidupan kita masih baik
Tanggungjawab tetap aku laksanakan.
Hanya kerana aku seorang isteri
Allah maha berkuasa Allah adalah segala galanya
4 bulan kita duduk berasingan
Kau ditimpa kemalangan. Kemalangan yang akhirnya membawa kepada kemusnahan
Segala galanya terbongkar segala rahsia segala perbuatan segala galanya.
Allahuakbar....
Allahuakbar..
Allahuakbar..
Hanya kerana aku seorang isteri...
Aku cuba sabar aku cuba redha aku cuba bertahan...
Mungkin ini juga adalah kesilapan kita bersama
Tapi aku pasrah
aku tak kuat
aku tak boleh terima kenyataan
Pengorbanan aku tak dihargai
maruah aku di hina
kesetiaan aku kepercayaan aku keikhlasan aku
semuanya sia sia
Kerana aku seorang isteri
Aku rela undurkan diri....
Terima kasih diatas segala galanya
Cuma satu yang aku nak kau ingat nyawa aku hampir hilang apabila RAHIM aku hancur akibat keguguran kerana mengandungkan anak kita.Itu adalah bukti AKU PERNAH JADI ISTERI KAU DAN AKU SANGGUP BERKORBAN WALAUPUN NYAWA AKU DEMI KAU.
Kerana aku seorang isteri ....DULU.

No comments:

KERANA AKU SEORANG ISTERI Kerana aku seorang isteri aku korbankan segala galanya untuk seorang yang bernama suami. kerana syurga seorang...