Friday, November 18, 2011

NALURI SEORANG IBU




Naluri seorang ibu, "masa kecik-kecik anak takutkan emak, tapi bila anak dah besar panjang emak pula yang takut pada anak-anak," (kata emak). Ya Allah apa dah jadi dgn dunia sekarang ni, naluri seorang ibu sentiasa ingin menjaga hati anak-anak kerana tak mahu anak-anak terasa hati dan tidak datang menjengok mereka.
sepasang ibu dan bapa mampu menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga ibu dan bapa.
fenomena ini sering berlaku bila ibu dan bapa mula menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang kurang memuaskan......
SYURGA ANAK LELAKI ADALAH DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU, MANAKALA SYURGA ANAK PEREMPUAN ADALAH DIBAWAH TELAPAK KAKI SUAMI...
Bukan nak membezakan antara anak lelaki dan anak perempuan sekadar ingin berkongsi....
dengan apa yang terjadi diakhir-akhir ini. namun selagi kita semua mampu mengharungi segala dugaan ini tidak timbul anak lelaki mahupun anak perempuan, selagi kita masih bergelar anak, selagi kita masih punya ibu dan bapa, selagi ibu dan bapa kita masih bernyawa didunia ini tanggungjawab menjaga mereka, tanggungjawab untuk membuat mereka bahagia, tanggungjawab untuk menyenangkan mereka adalah tanggungjawab kita semua sebagai anak.
Jangan nanti suatu hari bila terjadinya sesuatu yang tidak diingini baru timbul rasa bersalah, baru timbul rasa menyesal, baru timbul keinsafan namun yang terjadi tetap terjadi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Insyaallah kiranya umur kita panjang, kita akan merasa tua, kita juga punya anak, dan tak mustahil perkara yang sama turut kita rasai.....

AYAH DAN IBU
AYAH DAN IBUUUUU
ITULAH PERMULAAN KAMIII..
DAPAT MELIHAT BULAN DAN MATAHARII..
OOOOOOOOO...
AYAH DAN IBU
AYAH DAN IBULAHHH
MESTI DIHORMATIIII.....

No comments:

KERANA AKU SEORANG ISTERI Kerana aku seorang isteri aku korbankan segala galanya untuk seorang yang bernama suami. kerana syurga seorang...