Wednesday, October 19, 2011

MASIH AKU TERASA

Dugaan datang lagi untuk menguji sejauh mana kekuatan aku dlm mengharungi hidup yang penuh dgn liku dan duri yang tajam. Satu masalah belum selesai kini timbul satu lagi masalah, Dosa apakah yg telah aku lakukan sehingga tuhan menguji aku dgn dugaan yang sehebat ini,
namun kedua-duanya hingga saat ini tak mampu aku selesaikan....tolonglahhh aku..........
Yang merunsingkan sangat adalah masalah yg pertama walupun masalah kedua ku anggap sebagai sudah suratan buat aku, namun masalah pertama masih menghantui fikiran aku. Tiada tempat untuk mengadu tiada siapa yang mampu aku percaya, untuk menghadapi seorang diri aku tak mampu......
Sejauh mana mampu aku bertahan dengan semua ini, bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi dah bertahun lamanya, kalau dulu aku hanya menonton drama tv atau sekadar membaca diakhbar dan majalah tapi kini ianya benar-benar berlaku pada diriku, Berterus terang bukanlah jln penyelesaian, mendiamkan diri juga bukanlah satu tindakan yang betul, namun membiarkan ianya berlarutan adalah keputusan yang bodoh.....
Ya Allah Ya Tuhanku hanya padamu aku berserah, berilah aku kekuatan untuk membuat satu keputusan. Tiada lagi kebahagiaan, tiada lagi kepercayaan yang ada cuma ketahanan untuk mereka yang disayangi.....
Diwajahku terukir senyuman namun dihati hanya tuhan yang tahu betapa terseksanya aku tika ini, namun hidup harus diteruskan. walaupun jiwa tertekan.

KERANA AKU SEORANG ISTERI Kerana aku seorang isteri aku korbankan segala galanya untuk seorang yang bernama suami. kerana syurga seorang...