Monday, May 7, 2018

MENGHAMPIRI SETAHUN

Menghampiri setahun namun masih blom berupaya untuk move on. terlalu susah untuk melupakan terlalu banyak kenangan yang sering bermain difikiran.Masih ada rasa sayang masih ada cinta masih ada rindu dalam masa yang sama tetap ada rasa marah, kecewa, sakit hati dan pastinya rasa dendam yang membara. Yang pasti rasa jijik mengatasi segala galanya.
Namun semakin hari semakin jauh semakin hari cuba untuk melupakan. semakin hari semakin menjarakkan.
Hanya kekuatan dan tawakkal yang diperlukan untuk melepaskan sepenuhnya. Melepaskan apa yang telah dibina selama 20 tahun. bukan satu masa yang singkat bukan satu masa yang sikit bukan satu masa yang pendek. Semuanya hanya kerana NAFSU. Bila nafsu bermaharajalela dosa dan pahala diketepikan . Keluarga dilupakan agama kau persendakan. Apa yang dibina selama ini susah payah mengharungi kehidupan musnah sekelip mata
hidup dalam pembohongan tanpa kejujuran tiada keikhlasan semuanya lakonan untuk menutup kecurangan dan dosa yang dilakukan. Allah ada dia maha berkuasa doa orang teraniaya akan dimakbulkan. satu demi satu ditunjukkan tapi masih lagi bertahan. akhirnya dibongkarkan dengan jelas dan nyata. Mungkin tak mahu aku terus dijadikan mangsa. Terima kasih Allah.
Kehidupana adalah pentas lakonan yang sebenarnya.










No comments:

KERANA AKU SEORANG ISTERI Kerana aku seorang isteri aku korbankan segala galanya untuk seorang yang bernama suami. kerana syurga seorang...